Wanita Parah Kereta Dirempuh Lori

KUANTAN – Seorang wanita parah apabila kereta yang dipandunya dirempuh sebuah lori yang dipercayai mengalami masalah brek di hadapan Kompleks Yayasan Pahang di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan, Kamerul Bieza Mohamed Kassim berkata kejadian yang berlaku pukul 1.45 petang menyebabkan wanita itu yang berusia dalam lingkungan 20-an tersepit dalam kereta Honda Jazz yang dipandunya.

“Anggota bomba mengambil masa selama setengah jam untuk mengeluarkan mangsa. Dia kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini dan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal,” katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.

Kejadian dipercayai berlaku apabila lori seberat tiga tan yang dalam perjalanan menghala ke Sungai Soi di sini, melanggar kereta mangsa yang ketika itu berhenti kerana lampu isyarat merah.

Kemalangan turut menyebabkan lori itu hilang kawalan dan terbalik melintang jalan menyebabkan pemandunya cedera, dan dibantu orang ramai untuk keluar daripada kenderaan terbabit.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Abdul Aziz Salleh semasa dihubungi mengesahkan kejadian itu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.