Video : ‘Kena Ikut Cakap Parti, Bukan Larikan Diri’ Kata Calon Amanah

Oleh : Wan Nasrah Abdul Rahim

 

KUALA KANGSAR – Calon Parti Amanah Negara (AMANAH) Kuala Kangsar, Dr Ahmad Termizi Ramli menegaskan beliau tidak pernah melarikan diri seperti yang didakwa sejak hari penamaan calon, 4 hari lalu.

 

Menjawab persoalan media, beliau berkata, tindakan yang dilakukan itu adalah keputusan parti.

 

“Bukan tak boleh bercakap, boleh bercakap. Tapi benda belum diputuskan, takkanlah saya nak mendahulukan parti pula. Cuma kita nak calon Pakatan harapan ini padu. Disokong dengan sebulat suara, oleh parti-parti di dalam Pakatan Harapan.

 

 

“Jadi proses itu melalui rundingan. Tak bolehlah saya nak pandai-pandai, lagilah tak kena. Jadi saya kena serah kepada parti untuk membuat keputusan, (baru) boleh saya memperkatakan sesuatu. Ia (sebagaimana) disiplinlah,”katanya di bilik gerakan parti itu, di sini, hari ini.

 

Terdahulu, Termizi dikatakan didakwa tidak mahu mengulas sebarang persoalan yang diajukan oleh media dan seolah-olah melarikan diri sejak hari penamaan calon yang lalu.

 

Bagaimanapun, semalam, beliau turun memberikan ceramah dalam program anjuran Pakatan Harapan.-SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.