SPR Perlu Ambil Tindakan Segera – Khairy Jamaluddin

SUNGAI BESAR – Menteri Belia dan Sukan, khairy Jamaluddin Abu Bakar mengesa Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) agar mengambil tindakan dengan segera.

 

Menurut beliau, tindakan provokasi melalui billboard ini hanya akan mengundang sentimen perkauman.

 

“Saya harap ia tidak akan berulang lagi. SPR ambil tindakan yang cepat.

 

“Sebab ini akan timbulkan kemarahan kaum,”katanya ketika ditemui media selepas aktiviti walkabout di sekitar Sungai Haji Dorani petang tadi.

 

Tambah beliau lagi, apa yg lebih penting parti perlu mempromosikan kempen secara sihat khususnya ketika di bulan Ramadan.

 

“Saya harap kita dapat elak daripada politik yang tidak sihat.

 

“Billboard dan Banner merujuk kepada kenyataan sama ada betul atau tidak tetapi yang lebih penting usaha memeperkenalkan kempen yang sihat di PRK Sungai besar Sedangkan kita dalam bulan puasa,”ujarnya.

 

Dalam pada itu, menurut beliau, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak telah berpesan agar kempen kali ini dilakukan dengan berhemah tanpa menggunakan serangan peribadi.

 

“PM pun dah nasihat supaya kempen dengan berhemah tanpa isu dan serangan peribadi,” katanya.

 

Terdahulu, beberapa billboard telah dipasang yang berbaur rasis di sekitar sekinchan yang menggunakan nama Datuk Jamal Yunos. -SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.