Ratusan Pengguna Mengadu Bazar Ramadan Cekik Darah

KUALA LUMPUR — Lebih 200 pengguna membuat aduan melibatkan kenaikan harga barang di bazar Ramadan di seluruh negara pada hari pertama berpuasa, kata Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia.

 

Presidennya Datuk Mohd Firdaus Abdullah berkata, antaranya adalah peniaga tidak meletakkan tanda harga dan harga makanan yang mahal.

 

Kebanyakannya melibatkan aduan di Selangor, Pahang, Perak, Johor, dan Sabah, hasil tinjauan Biro Pemantauan badan bukan kerajaan itu.

 

“Kebanyakan pengguna yang membuat aduan rasa tertipu dengan harga makanan yang mahal seperti ayam golek iaitu RM14 kepada RM18 seekor dan dua biji karipap bersaiz kecil berharga RM1,” katanya dilapor Utusan Malaysia.

 

Beliau menasihati pengguna supaya tidak terlalu ghairah membeli makanan di bazar Ramadan kerana boleh mendorong peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga.

 

Pada masa sama punca kenaikan harga makanan juga disebabkan pembekal yang menjual dengan harga tinggi, kata Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pula.

 

“Kita lihat 80 peratus harga tersebut dinaikkan oleh pembekal manakala hanya 20 peratus peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga untuk mendapatkan keuntungan semata-mata,” kata Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM Muhammad Yusuf Azmi.

 

“Selain pengguna, peniaga kecil-kecilan turut menerima tekanan sehingga terpaksa menaikkan harga jauh lebih tinggi berbanding sebelum ini.”

 

Katanya, pembekal perlu dipantau agar tidak meletakkan harga yang mahal sesuka hati supaya tidak menyusahkan pengguna dan pemborong. – MalayMail

One thought on “Ratusan Pengguna Mengadu Bazar Ramadan Cekik Darah

  • June 15, 2016 at 12:18 am
    Permalink

    Ayam naik harga mendadak bulan ramadan…nape gomen tak bertindak

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.