Impikan Anak-anak Istimewa Mampu Berdikari -Budiman

SUNGAI BESAR – Calon Pilihanraya Kecil Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi mengimpikan agar anak-anak istimewa di bawah Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) mempunyai kemahiran dan dapat berkerja serta berdikari pada masa akan datang.

 

Menurut beliau, anak-anak ini diharap dapat melakukan pekerjaan sendiri yang mengunakan konsep ‘home base’ atau bekerja di rumah.

 

“Saya mengimpikan anak-anak istimewa ini dapat bekerja sendiri melalui kerja yang berasaskan di rumah yang tak perlu pergi ke luar.

 

“Saya mengimpikan anak-anak ini mempunyai kemahiran kerana saya percaya dan yakin hanya dengan kemahiran sahaja dapat mengubah nasib anak-anak ini,” katanya ketika berucap di Majlis perasmian Jom Shopping Raya bersama PDK Sabak Bernam tadi.

 

Tambahnya, beliau turut menyeru kepada masyarakat khususnya ibu bapa dan guru-guru di bawak PDK untuk menyambung legasi yang di tinggalkan oleh Allahyarham Tan Sri Noriah Kasnon.

 

“Saya menyeru, ibu bapa dan guru-guru PDK terus menyambung legasi kerja alyarham Tan Sri Noriah kerana sayafikir amanah yang diberikan harus dilaksanakan,” ujarnya.

 

Dalam majlis tersebut, Budiman turut mengumumkan akan memberi sumbangan sebanyak RM1000 kepada setiap PDK di daerah ini.

 

Dalam pada itu, seramai 157 orang anak-anak istimewa telah menerima bantuan dan setiap daripada mereka menerima wang berjumlah RM150 yang telah disampaikan oleh YDP Kasih Selangor, Datin Seri Dato’ Dr Aisyah Salleh. -SuaraTV.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.