Kerajaan Sabah Wujud Tabung Khas Bantu Malim Gunung

RANAU – Kerajaan negeri mewujudkan tabung khas untuk mengutip dana bagi membantu malim gunung yang membantu operasi mencari dan menyelamat mangsa gempa Gunung Kinabalu.

 

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Jainab Ahmad Ayid, berkata kutipan itu dibuat sebagai tambahan dana sedia ada yang dimiliki Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah (MPMS).

 

“Operasi mencari dan menyelamat ini tidak akan lancar tanpa bantuan secara sukarela malim gunung.

 

“Kita terharu dengan perkhidmatan sukarela yang mereka berikan sehingga sanggup kehilangan pendapatan semata-mata mahu mencurah bakti,” katanya. – BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.