Peruntukan Enakmen Lembaga Perumahan Dipinda – Khaled Nordin

Nusajaya – Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan terdapat beberapa pindaan terhadap Rang Undang-Undang Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor, khususnya membabitkan peruntukan yang menyentuh peranan Raja yang akan dibentang esok.

Katanya, ada fasal yang akan dipinda dengan menyatakan secara khusus peranan Raja adalah atas nasihat Menteri Besar terutama dari segi pelantikan.

“Paling penting, lain-lain fasal semuanya akan ditiadakan. Hanya itu sahaja yang akan ada disentuh pada Raja dan lain-lain fasal semua diganti dengan Pihak Berkuasa Negeri.

“Langkah ini adalah untuk menunjukkan kerajaan negeri berniat ikhlas dan tidak memberi kuasa eksekutif kepada Raja selain tidak menggugat prinsip Raja Berperlembagaan,” katanya ketika berucap pada sesi penggulungan Sidang Dewan Negeri ke-13, di sini sebentar tadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.