Realme Perkenal Telefon Konsep dengan Bateri 10,000mAh Pertama di Dunia

- Advertisement -

CYBERJAYA – Realme mencipta kejutan dalam dunia teknologi mudah alih apabila memperkenalkan telefon konsep terbaru yang dilengkapi bateri sebesar 10,000mAh, menjadikannya antara yang terbesar pernah ditampilkan dalam peranti pintar bersaiz nipis.

Dalam video yang dikongsi oleh Chase Xu, Naib Presiden Realme dan Presiden Pemasaran Global syarikat itu, telefon konsep ini bukan sekadar mengejutkan dari segi kapasiti bateri, malah turut tampil dengan rekaan elegan dan ringan, hanya setebal 8.5mm dan seberat 215g.

“Kami berjaya memasukkan bateri sebesar ini ke dalam telefon yang sangat kompak dengan membuat pencapaian besar ,” kata Chase.

Ciri-ciri utama Realme GT Concept Phone:

  • Kapasiti bateri: 10,000mAh – pertama dalam industri.

  • Ketebalan: Hanya 8.5mm.

  • Berat: 215 gram.

  • Lebih 60 paten antarabangsa berkaitan reka bentuk dan teknologi bateri.

Inovasi Teknologi Terkini

Realme menggunakan anod silikon 10%, tahap tertinggi dalam industri kini, untuk meningkatkan ketumpatan tenaga kepada 887Wh/L – membolehkan lebih banyak tenaga disimpan dalam saiz yang sama.

Selain itu, cip PCB (papan litar) telefon ini hanyalah 23.4mm, paling pendek dalam dunia Android, hasil rekaan “mini diamond architecture” yang memaksimumkan ruang dalaman.

Ciri Keselamatan Bateri Bertaraf Tinggi

Realme turut menekankan keselamatan sebagai keutamaan:

  • Proses “triple cold press” bagi mengawal peluh bateri (battery sweating).

  • Teknologi CGT pada katod untuk pengagihan elektrolit yang sekata.

  • Sarung aluminium berganda dengan alur khas untuk perlindungan hentakan dan ketahanan jatuh.

Chase Xu menegaskan bahawa inovasi sebenar bukan sekadar pada spesifikasi, tetapi memberi kebebasan kepada pengguna daripada “keresahan bateri habis” dalam penggunaan harian.

Telefon konsep ini dijangka menjadi penanda aras baharu dalam dunia peranti pintar, dan mungkin membuka lembaran baharu untuk masa depan bateri berkapasiti tinggi yang tetap ringan dan nipis.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat