Kes Faisal Halim : NFA Bukan Bermaksud Siasatan Telah Ditutup

- Advertisement -

CYBERJAYA: Kes serangan simbah asid terhadap pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim yang diklasifikasikan sebagai “Tiada Tindakan Lanjut” (NFA) bukan bermaksud siasatan telah ditutup.

Sebaliknya, menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, status NFA hanya merujuk kepada penahanan tiga suspek yang tidak mempunyai kaitan dengan kes tersebut berdasarkan bukti semasa. Ini termasuk rakaman CCTV, lakaran wajah (photo fit), serta analisis forensik ke atas telefon suspek.

“Sekiranya tangkapan tidak mempunyai kaitan atau membantu siasatan, Timbalan Pendakwa Raya (DPP) akan mengklasifikasikan kes sebagai NFA sehingga wujud perkembangan atau maklumat baharu,” katanya memetik Buletin TV3.

Tambah beliau, nombor pendaftaran palsu yang digunakan oleh pelaku sebenar menyukarkan siasatan dan rakaman CCTV yang diperoleh juga gagal merungkai identiti penyerang.

Kertas siasatan akan dirujuk semula sekiranya muncul bukti atau maklumat baharu, dan perkembangan kes akan dimaklumkan kepada peguam Faisal dari semasa ke semasa.

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat