Kerajaan tubuh Majlis Penasihat Aset Digital dan AI

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju menubuhkan Majlis Penasihat Aset Digital dan AI satu entiti penasihat strategik yang akan memainkan peranan penting untuk meletakkan negara mampu menguasai teknologi ini lantas berada di barisan hadapan dalam ekonomi digital dunia.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu, sewaktu mempengerusikan mesyuarat pertama, antara dibincangkan adalah potensi Malaysia sebagai hab utama dalam teknologi blockchain dan aset digital, termasuk dalam sektor strategik seperti perdagangan rentas sempadan, industri halal dan kewangan Islam.

“Teknologi aset digital dan kecerdasan buatan (AI) kini menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi global dan daya saing negara.

“Antara fokus utama ialah penggunaan teknologi seperti tokenisasi, stablecoin, aset kripto, kecerdasan buatan (AI), analitik data raya dan pengkomputeran awan untuk memperkasa sektor kewangan digital yang lebih cekap, selamat dan inklusif, nescaya teknologi-teknologi ini mampu memacu inovasi dalam struktur pasaran, mempercepatkan transaksi serta memperkukuh ketelusan dan pematuhan.

“Saya mengalu-alukan kerjasama berterusan dengan Suruhanjaya Sekuriti, Bank Negara Malaysia, Kementerian Digital, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dalam memastikan dasar yang menyokong pembangunan teknologi secara bertanggungjawab dan progresif,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Jelas beliau, dengan kepimpinan yang jelas dan ekosistem teknologi yang progresif, Malaysia bersedia muncul sebagai peneraju dalam ekonomi digital global.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat