Izzah disokong lebih 150 cabang PKR rebut Timbalan Presiden, tak adil tuduh ‘parti anak-beranak’- Ramanan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Timbalan Ketua Penerangan 1 PKR Datuk Seri R Ramanan mendedahkan lebih 150 cabang PKR menyatakan sokongan terhadap pencalonan Nurul Izzah Anwar bagi jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan kali ini.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi itu berkata, sokongan terhadap anak sulung Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu melebihi dua pertiga daripada keseluruhan jumlah cabang parti itu di negara ini.

“Bagi saya itu adalah hasrat akar umbi parti. Walaupun saya tak buat pengiraan (secara rasmi) semua (cabang yang menyatakan sokongan), tetapi lebih 150 cabang (bersamaan) dua pertiga (cabang dalam) parti mencalonkan Nurul Izzah sebagai Timbalan Presiden,” katanya selepas menghadiri Majlis Perasmian Deklrasi Konvensyen Francais ASEAN dan Pameran Antarabangsa Malaysia 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Khamis lapor BH.

Pada masa sama, Ramanan yang juga Ahli Parlimen Sungai Buloh turut menyatakan sokongan kepada Nurul Izzah yang sinonim dengan jolokan ‘Puteri Reformasi’ untuk bertanding jawatan nombor dua parti.

Beliau mengakui Nurul Izzah berpengalaman luas dalam politik termasuk kewibawaannya sebagai pemimpin terserlah apabila meraih pengiktirafan pada peringkat antarabangsa, selain memiliki imej awam yang baik.

Katanya, adalah tidak adil menggelarkan usul untuk Nurul Izzah bertanding sebagai pemimpin nombor dua PKR sebagai nepotisme atau ‘parti anak-beranak’.

“Nurul Izzah bertanding secara demokratik dan bukannya terus dilantik mengisi jawatan Timbalan Presiden.

“Kita (ada) 30,000 ahli, pemimpin PKR termasuk akar umbi yang akan membuat keputusan siapa yang akan menjadi Timbalan Presiden, Naib Presiden, ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP),” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat