DAP Sudah Hampir Jinak Bersama UMNO – PAS Cemburu

- Advertisement -

CYBERJAYA – Pas didakwa terlebih dahulu ‘mensucikan’ DAP melalui kerjasama mereka dalam apa yang digelar sebagai “PasDap”, sebelum kini menuduh UMNO berbuat demikian menerusi gabungan Kerajaan Perpaduan.

Setiausaha Agung Veteran UMNO Malaysia, Datuk Mustapha Yaakob berkata, tuduhan Pas terhadap UMNO melalui jolokan “UMDap” mencerminkan rasa cemburu terhadap kejayaan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan yang stabil.

“Pas telah berusaha menjinakkan DAP ketika bersama dalam satu kandang, tetapi gagal menungganginya kerana Pas sering ‘masuk dari belakang’ hingga akhirnya ditendang keluar,” katanya dalam satu kenyataan yang memetik UMNO Online.

Beliau turut menyindir bahawa DAP yang sebelum ini dianggap “kuda liar” oleh Pas kini semakin jinak ketika bekerjasama dengan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan.

“Hari ini kuda liar itu sudah hampir jinak bersama UMNO, dan berada dalam kandang BN-PH. Pas kini menyesal dan cemburu, lalu menuduh UMNO pula yang mensucikan DAP, sedangkan merekalah yang memulakannya.”

Mustapha turut mengingatkan bahawa Pas pernah berlebihan ketika bersama DAP, termasuk mengangkat Lim Guan Eng sebagai “Khalifah Umar Abdul Aziz”, serta menghalalkan undi penyokong kepada parti itu.

“Pas yang mula julang bendera DAP dalam PRK Galas. Pas yang berdakap, bercium dengan DAP. UMNO tidak pernah sampai ke tahap itu,” tegasnya lagi.

Menurut beliau, UMNO hanya menjalinkan kerjasama politik atas dasar kestabilan negara dan tidak tunduk kepada mana-mana parti dalam gabungan.

“UMNO tetap UMNO. UMNO itu Islam, Melayu, Raja-raja dan tanah airnya Melayu. Sekiranya agama, bangsa, dan institusi raja tidak dihormati oleh PH, UMNO boleh keluar dari kandang.”

Untuk rekod, kerjasama politik antara Pas dan DAP bukan perkara baharu. Kedua-dua parti pernah bersama dalam Barisan Alternatif pada Pilihan Raya Umum ke-10 tahun 1999. Selepas itu, hubungan diteruskan melalui Pakatan Rakyat dari tahun 2008 hingga 2015, sebelum retak akibat isu-isu seperti pelaksanaan hukum hudud di Kelantan dan krisis Menteri Besar Selangor ketika Langkah Kajang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat