Zarina Kata Usha Polis Sia-Sia Kalau Tangkap Artis High Ranking

PELAKON dan model kontroversi, Zarina Anjoulie Lavocah menyifatkan usaha polis dalam memberkas golongan artis wanita popular yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah adalah tindakan yang sia-sia.

Ini kerana menurut model berusia 30 tahun itu, golongan artis yang dimaksudkan itu mempunyai cara tersendiri untuk terlepas tanpa dikenakan sebarang tindakan.

Zarina malah mendedahkan kenyataan ‘berani mati’ membabitkan penglibatan golongan kerabat diraja yang dipercayai merupakan dalang pembebasan pelakon terbabit.

“Polis-polis sekalian, tak payah lah buang masa nak tangkap artis-artis ‘cewek high rangking’ ni walau kes sebesar mana sekalipun.

“Korang memang tak akan dapat kantoikan mereka sebab di belakang diorang ada sepasukan ‘kerabat-kerabat abang caring’,” katanya menerusi perkongsian terbaharu status WhatsApp pelakon itu.

Tambahnya, golongan kerabat ini dikatakan begitu berkuasa sehinggakan individu yang berpangkat di dalam unit beruniform itu sekalipun tidak mampu melakukan apa-apa perubahan.

“Golongan kerabat ini sangat berkuasa biarpun bos korang sekalipun tak mampu buat apa-apa. Semua bukti akan hilang sekelip mata, inilah kekuatan p****,”katanya.

Zarina turut membidas sikap sesetengah pelakon tempatan yang tidak berani menanggung akibat daripada perbuatan sendiri.

Sebaliknya golongan pelakon yang dimaksudkannya itu dilihat hanya pandai membuat alasan dengan menuduh pihah lain cuba menganiaya mereka.

Terdahulu, seorang pelakon wanita popular telah ditahan polis selepas disyaki memiliki enam bungkusan aluminium berisi 53 pil Erimin 5 di dalam beg tangan miliknya pada tengah hari Ahad.

Pelakon berkenaan bagaimanapun dilepaskan dengan jaminan polis selepas diambil keterangan dan ujian air kecing yang dijalankan keatasnya menunjukkan keputusan negatif. – MYNEWSHUB.CC

2 thoughts on “Zarina Kata Usha Polis Sia-Sia Kalau Tangkap Artis High Ranking

  • June 15, 2018 at 6:53 pm
    Permalink

    ENGKAU KEBAL SANGAT KER? KITA ADA UNDANG-UNDANG.. KAU ARTIS PUN KEPUH LEBIH… BAGUS TAK MANA PUN KEKWA BAWANG JER LEBIH… KORANG PAKAI TUDUNG PUN NAK BAGITAHU,,,, APA KAU TAK FAHAM KER ..AURAT TU APA… TAK PANDAI PERGI BELAJAR… REMEH-REMEH PUN BAGITAHU SEMUA NAK ORANG TAHU …APA LA STANDARD HAPRAK… SALAH TETAP SALAH … TAK PAYAH JADI ARTIS TAK BAGUS MANA PUN…. KEPUH LEBIH.. UNDANG-UNDANG TETAP DIIKUTI … YANG BAGUS DAN TUTUP AURAT TU MEMANGLAH TERPUJI SEBAB TUNTUTAN SYARAK BUKAN NAK TUNJUK-TUNJUK…ATAU TERPAKSA… SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN

    Reply
  • August 2, 2018 at 3:28 am
    Permalink

    kepuh bawang lebih… kualiti abuk haprak…kepuh lebih..tak lakon lah artis2 ni bagus tak mana nya… duk tanam kacang jer bagus..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.