Skru Dalam Botol Mentega Kacang Dijumpai

SINGAPURA – Pihak berkuasa Makanan Pertanian dan Veterinar Singapura (AVA) hari ini menggantung dan menarik balik sebahagian produk Singlong Peanut Butter (Crunchy) selepas sebutir skru dijumpai di dalam salah satu botol mentega kacang itu.

Menurut AVA, ia bekerjasama dengan syarikat berkenaan untuk menyiasat insiden itu setelah menerima aduan tentang objek tersebut.

Siasatan mendapati bahawa skru tersebut mungkin termasuk ke dalam mentega kacang semasa proses pengilangan.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, syarikat itu dengan secara sukarela menarik balik sebahagian produk daripada kumpulan yang sama,” menurut AVA.

Tambahnya: “Langkah menarik balik produk sudah pun selesai dijalankan.”

Menurut AVA, produk berkenaan diimport dari China.

Baru-baru ini seorang pengguna Facebook, Sharon Foo, memuat naik gambar pada bulan Mac lalu, menunjukkan sebutir skru yang dijumpai di dalam sebotol mentega kacang Singlong. – CNA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.