14 Ekor Cacing Dalam Hempedu Wanita Ini Dijumpai

MELOYAKAN. Penderitaan seorang wanita yang mengalami sakit perut, muntah dan jaundis selama enam bulan akhirnya terjawab, rupa-rupanya ia berpunca daripada 14 ekor cacing yang berada di dalam hempedunya.

Wanita itu, Sunita, 38, berasal dari India, mengetahui mengenai penyakitnya selepas mendapatkan rawatan di hospital.

Hanya selepas imbasan x-ray dijalankan, barulah doktor mengenalpasti cacing-cacing sepanjang 15m ke 20cm setiap satudalam organ itu.

 

 

 

Doktor di hospital Fortis kemudiannya membuang cacing itu menggunakan forseps secara endoskopi, tanpa pembedahan.

Cacing boleh berada di dalam badan manusia menerusi telur cacing yang di dalam makanan yang tercemar.

“Saya mengalami kesakitan yang amat sangat hingga tidak boleh berdiri. Saya kehilangan berat badan sebanyak 12kg. Selepas prosedur dijalankan oleh doktor, kesakitan itu terus hilang,” kata Sunita.

Dalam pada itu, Dr. Arvind Khurana, berkata, cacing memang biasa ditemui dalam usus namun sesuatu yang luar biasa apabila ia berada di dalam hempedu apatah lagi sebanyak 14 ekor. Ia amat jarang berlaku,” katanya.

Beliau juga memberitahu semua cacing itu telah dikeluarkan dari badan Sunita dalam satu sesi prosedur sahaja.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.