Peserta Larian Bendera Tiba Di Bangunan UMNO Perak

IPOH – Larian Bendera sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-71 UMNO di negeri ini yang bermula di Parit Buntar pagi semalam tiba Bangunan UMNO Perak di sini tengah hari tadi.

Selepas menamatkan larian hari pertama yang berakhir di Wisma UMNO Sungai Siput petang semalam, ketibaan lebih 200 peserta larian yang diketuai oleh Ketua UMNO Bahagian Ipoh Barat, Datuk Shamsuddin Abdul Ghaffar disambut meriah di Bangunan UMNO Perak hari ini.

Sang Saka Bangsa kemudiannya diserahkan oleh Shamsuddin kepada Ketua UMNO Bahagian Ipoh Timur, Datuk Azian Osman.

Para peserta kemudiannya meneruskan larian ke Gopeng, Kampar dan dijadualkan bermalam di Tapah. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.