Bekas Posmen Ceraikan Isteri Selepas Bergelar Jutawan

SEORANG bekas posmen dilapor meninggalkan isterinya demi wanita lebih muda selepas bergelar jutawan hasil kemenangan perjudian EuroMillions jackpot bernilai £128 juta (RM700 juta).

 

Adrian Bayford, 44, warga British memenangi judi tersebut pada 2012 sebelum meninggalkan isterinya pada 2013 demi seorang wanita muda iaitu Samantha Burbidge, 28.

 

Tidak cukup dengan itu, lelaki berbadan gempal terbabit dilapor menghabiskan sebahagian besar wangnya untuk wanita berkenaan yang kini tunangnya.

 

Mirror Online melaporkan, dalam perkembangan terbaru, Bayford telah membeli 10 ekor kuda dan tanah seluas 35 ekar bernilai  £1.5 juta untuk wanita itu bersukan.

 

Wanita itu juga kini mendiami rumah agam bernilai £6 juta selepas bergelar tunang kepada Bayford. – Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.