Zionis Halang Penduduk Palestin Masuk Al-Aqsar

 

BAITULMAQDIS – Rejim Zionis bertindak menghalang penduduk Palestin memasuki perkarangan Masjid Al-Aqsar, ketika sambutan hari kemerdekaan Israel ke-66 di timur Baitulmaqdis.

Ketua Pengarah Hal Ehwal Al-Aqsa Azzam al-Khatib berkata, Israel melarang umat Islam berusia bawah 50 tahun memasuki masjid itu.

“Akibatnya, puluhan penduduk terpaksa menunaikan solat di pintu utama masjid berkenaan,” katanya dipetik PIC

Sementara itu, pasukan perubatan Palestin melaporkan, dua ditahan dan 15 cedera selepas polis anti rusuhan Israel menggunakan gas pemedih mata bagi meleraikan tunjuk perasaan di perkarangan masjid itu.

Ketegangan memuncak di kawasan berkenaan ketika hari cuti umum susulan penduduk Palestin bimbang kemungkinan penganut Yahudi cuba memasuki masjid Al-Aqsa untuk bersembahyang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.