Waris Enggan Terima Pampasan-MH370

Kuala Lumpur: Sebahagian waris keluarga MH370 dikatakan enggan menerima pampasan insurans nyawa daripada syarikat insurans tempatan.

Menurut sumber industri insurans tempatan, sejumlah 50 penumpang rakyat tempatan layak menerima insurans nyawa yang berjumlah sekurang-kurangnya RM25 juta.

“Terdapat 10 hingga 12 waris tidak mahu menuntut pampasan insurans walaupun sudah dihubungi oleh syarikat insurans.

“Ini kerana mereka masih berharap ahli keluarga mereka selamat atau mahu melihat mayat dikebumikan mengikut upacara agama masing-masing,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Menurutnya, setiap waris penumpang sudah menerima pampasan insurans antara RM60,000 dan lebih RM100,000 bergantung kepada jenis insurans nyawa yang dimiliki.

“Sebahagian pampasan telah dibayar waris penumpang.”Bagaimanapun tidak semua penumpang memiliki insurans nyawa dikeluarkan da nada Antara mereka menerima pampasan insurans melalui insurans pengembara yang dibeli ketika membeli tiket penerbangan,’’katanya.

Sumber berkata,pampasan insurans nyawa dikeluarkan berdasarkan berdasarkan kepada pengumuman rasmi kerajaan Malaysia tanpa memerlukan waris mangsa mengemukan sijil kematian dan dokumen lain berkaitan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!