Video : Wartawan Bergaduh Dalam Rancangan TV

Amman (Jordan) – Dua wartawan yang sedang berdebat mengenai isu perang saudara di Syria, saling tuduh-menuduh yang akhirnya mencetuskan pergaduhan dan menyebabkan meja set pengambaran diterbalikkan dalam rancangan bual bicara ‘Seven Star’ yang disiarkan secara langsung Selasa lalu.

Pergaduhan bermula apabila Shaker al- Johari dan Mohammad al- Jayousi dijemput sebagai ahli panel bagi membincangkan mengenai perang antara pemberontak dengan kerajaan Syria pimpinan Presiden Bashar Assad yang telah berlarutan sehingga 3 tahun.

Menurut aktivis konflik itu telah mengorbankan hampir 150,000 orang.

Al-Jayousi menuduh al-Johari menyokong para pemberontak Syria.

Al- Johari kemudiannya menuduh al- Jayousi telah dibayar bagi menyokong kerajaan Assad.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.