Video : Hotel Carlton Musnah Di Bom Penentang

Beirut – Satu ‘letupan kuat’ yang menggegarkan utara Syria telah menyebabkan Hotel Cartlon runtuh dan memusnahkan beberapa bangunan lain.

Hotel tersebut digunakan sebagai pangkalan tentera manakala bangunan lain yang musnah pula merupakan kawasan yang dikuasai kerajaan.

Kumpulan penentang kerajaan mendakwa serangan tersebut telah menyebabkan sekurang-kurangnya 50 anggota tentera maut.

Sebuah stesen televisyen melaporkan letupan tersebut berlaku di kawasan kejiranan lama di Aleppo.

Aktivis Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia berkata, serangan berkenaan berhampiran dengan kawasan yang dikuasai kumpulan penentang kerajaan.

Kumpulan tersebut dilapor telah menanam bahan letupan dalam kuantiti yang banyak menerusi terowong yang digali di bawah Hotel Carlton, dan kemudian meletupkannya secara jarak jauh.

Hotel berkenaan dikatakan telah musnah sama sekali dan terdapat anggota tentera yang cedera.

Aleppo merupakan bandar terbesar di Syria dan pernah menjadi hab komersial. Ia kemudian dikuasai pasukan penentang kerajaan sejak peperangan saudara meletus pada pertengahan 2010.

Sejak beberapa bula lalu, pesawat pejuang kerajaan telah mengebom lokasi penentang tanpa henti dan ia dibalas oleh pejuang dengan serangan bom kereta di kawasan perumahan awam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.