Tiga Beranak Mati Rentung Dalam Kebakaran

KUCHING-Seorang Wanita dan dua anak ditemui mati rentung dalam kebakaran melibatkan Sembilan buah rumah papan sederet di Kampung Tabuan Hulu di sini semalam.

Lebih, menyayat hati dalam kejadian yang berlaku pada 10.20 pagi itu,Siti Nor Haza Mohd.Hazmi,5,dan adiknya,Siti Nordiana,3,diemui berpelukan dibawah katil dalam sebuah bilik.

Mayat Ibu kedua mangsa itu,Anisa Ramblee di temui kira-kira dua meter daripada kedua-dua mayat anaknya itu.

Semasa kebakaran dua lagi anak Anisa yang masing-masing berusia tujuh  dan lapan tahun berada disekolah manakala suami mangsa tiada dirumah.

Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Kuching,Tiong Ling Hii berkata,sebaik sampai dipadamkan pukul 11.9 minit pagi,pihak bomba menemui mayat dua beradik itu terlebih dahulu sebelum mayat ibu mereka ditemui tertiarap dibawah timbunan kayu rumah setingkat itu.

“Kebakaran dikatakan bermula dari rumah tiga beranak itu dan api marak dengan cepat menyebabkan tiga beranak itu tidak sempat menyelamatkan diri,kata beliau ketika ditemui disini semalam.

Menurut beliau mayat ketiga-tiga beranak itu dihantar kehospital Umum Sarawak untuk di Bedah Siasat sebelum dituntut ahli keluarganya untuk urusan kebumian.

Ling Hii memberi tahu dalam ulasan lanjutnya,seramai 40 anggota bomba bersama tiga jentera dikejar kelokasi kejadian sebaik pihaknya menerima laporan berhubung kebakaran itu pada 10.29 pagi.

Kata beliau,sejurus tiba dilokasi kejadian,anggota bomba dari balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Tabuan Jaya,BBP Batu Lintang dan BBP Padungan mendapati tujuh buah rumah tersebut sudah 100 peratus terbakar manakala dua lagi musnah kira-kira 50 peratus.

Siasatan menyeluruh sedang dijalankan bagi mencari punca sebenar kejadian yang mengakibatkan 64 orang daripada 9 keluarga hilang tempat tinggal,’’katanya.

Sementara itu,kakak kepada ibu malang tersebut,Aishah,32,berkata,dia terkejut selepas dimaklumkan mengenai kejadian menimpa adik dan dua anak saudaranya itu.

Pada Sabtu lalu,kami bersama -sama menyambut ulang tahun kelahiran Siti Nordiana dan saya tidak sangka itu merupakan sambutan ulang tahun kelahiran terakhir buat mereka sekeluarga.

Sementera itu,ibu kepada Anisa,Raanah Bujang,53,pula berkata dia berasa amat sedih selepas menerima panggilan telefon daripada suaminya memaklumkan mengenai tragedy menimpa anaknya itu.

Ketua Polis Daerah Kuching,Asisten,Komisioner Roslan Bek Ahmad mengesahkan menerima laporan  kejadian tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.