Pengislaman: Rayuan Kerajaan, Jabatan Agama 19 Ogos

PUTRAJAYA 8 Mei – Mahkamah Rayuan menetapkan 19 Ogos ini bagi mendengar rayuan enam pihak terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan perakuan pengislaman tiga anak seorang guru tadika, M. Indira Gandhi.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Mohd. Hishamudin Mohd. Yunus yang bersidang bersama Datuk Mohd. Zawawi Salleh dan Datuk Umi Kalthum Abd. Majid menetapkan tarikh itu selepas menangguhkan rayuan yang sepatutnya didengar hari ini.

Kuorum berkenaan menetapkan demikian selepas berpendapat penghujahan mengambil masa yang agak lama dan menyentuh pelbagai isu maka adalah wajar mahkamah memberi keadilan untuk semua pihak mengemukakan hujah masing-masing.

Keenam-enam pihak tersebut ialah bapa kepada tiga beradik itu, K. Patmanathan atau nama Islamnya Mohd. Ridzuan Abdullah, Pendaftar Mualaf, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Kerajaan Negeri Perak, Kementerian Pendidikan dan

Kerajaan Malaysia.

Pada 26 Julai tahun lalu, Mahkamah Tinggi Ipoh memutuskan perakuan pengislaman terhadap Tevi Darsiny, 17, Karan Dinish, 16 dan Prasana Diksa, 6, tidak sah dan terbatal selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman yang dikemukakan oleh ibu mereka.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.