Pembeli Nasik Lemak Parah Disimbah Asid

Pendang: Sepasang suami isteri dan seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun cedera di muka dan badan akibat terkena simbahan asid yang dilempar dua suspek yang menunggang motosikal dalam kejadian di sebuah gerai nasi lemak di pekan ini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi, pasangan suami isteri itu dikatakan sedang membungkus nasi lemak di gerai itu manakala murid sekolah terbabit sedang menunggu nasi lemak yang hendak dibelinya.

Kejadian berlaku di tepi jalan berhampiran pekan ini malah ketika kejadian ibu kanak-kanak itu sedang menunggu anaknya di dalam kereta kira-kira lima meter dari gerai berkenaan.

Ketua Polis Daerah Pendang Deputi Superintendan Abdul Aziz Ahmad berkata, ketiga-tiga mangsa yang cedera itu dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, selepas mangsa melecur hampir 60 peratus.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan cedera parah menggunakan senjata atau benda berbahaya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.