Mansuh Ruangan Kaum : Joseph Entulu Tampil Mohon Maaf

Putrajaya – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu Belaun hari ini tampil memohon maaf terhadap kekeliruaan berhubung laporan mengenai keputusan kabinet menggugurkan ruangan kaum dalam borang rasmi kerajaan jika tidak memberi nilai tambah.

Joseph dalam satu kenyataan menjelaskan, kekeliruan tersebut berpunca daripada laporan sebuah akhbar yang tidak mencerminkan kenyataan yang dibuat semalam.

“Saya ingin jelaskkan bahawa kabinet ada berbincang mengenai perkara ini, tetapi tiada keputusan dibuat.

“Laporan yang tidak tepat ini telah menimbulkan keresahan dalam masyarakat, namun begitu saya memohon maaf di atas kekeliruaan yang timbul,” katanya.

Beliau mengulas laporan akhbar yang menyiarkan berita mengenai jemaah menteri telah memutuskan untuk menggugurkan ruangan kaum dalam borang rasmi kerajaan yang tiada nilai tambah.

Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga seiring dengan kenyataan itu berkata tiada perubahan dasar kerajaan berhubung borang itu.

“Kami ada bincang perkara ini tetapi keputusannya adalah mengekalkan amalan dan dasar sedia ada,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Rumah UMNO Taiping.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.