Krisis Air Berpanjangan Jika El Nino Berlaku Jun Ini

KUALA LUMPUR-Malaysia berkemungkinan besar akan dilanda fenomena El-Nino mengikut Pejabat Kaji Cuaca United Kingdom.

El Nino akan mengakibatkan peningkatan suhu dan taburan hujan akan melanda rantau Asia Tenggara pertengahan tahun ini

Pakar-pakar kaji cuaca tempatan belum dapat memastikan bahawa Malaysia akan mendapat tempias El Nino pada kali ini, namun jika ia berlaku kemungkinannya ialah Malaysia akan menghadapi keadaan musim kemarau berpanjangan selama enam bulan mulai pertengahan tahun ini.

Bagaimanapun, mereka mengingatkan pihak berkuasa terutamanya yang berkaitan pengurusan bekalan air supaya membuat persediaan awal menghadapi fenomena El Nino itu bagi mengelakkan krisis bekalan air yang serius.

El Nino adalah fenomena  pemanasan suhu permukaan laut yang berlaku dalam tempoh enam bulan berturut-turut setia dua hingga empat tahun di timur laut Pasifik.Ia boleh menyebabkan perubahan rantaian iklim yang berlaku diseluruh dunia antaranya kesannya adalah hujan lebat disesetangan kawasan sementera kawasan lain pula berlaku kemarau berpanjangan.

Presiden Persatuan penyelidik Air dan Tenaga Malaysia (Awer),S,Piarapakaran berkata,hasil penyelidikan institusi itu yang menggunakan model ramalan dinamik ENSO(El Nino Ayunan Selatan),ialah mereka meramalkan kebarangkalian 70 peratus El-Nino akan berlaku di Asia Tenggara.

Kebarangkalian 70 peratus yang disebut bukan hanya berasaskan model meeka tetapi menggabungkan maklumat dan kepakaran dari pusat-pusat pertubuhan Meteorologi Sedunia(WMO)di seluruh dunia.

Walaupun keadaan El Nino dijangka berkaitan dengan monson Barat Daya yang lebih kering,namun setakat ini pusat penyelidikan meteorologi di UK masih belum mengenal pasti kekuatan El Nino yang akan melanda Malaysia,’’katanya disini.

Beliau berkata,Awer telah memohoh kerjasama daripada Pejabat Kaji Cuaca UK untuk mendapat pandangan alternative mengenai kemungkinan berlakunya El Nino di rantau Asia Tenggara dan kesannya kepada iklim semenanjung Malaysia.

Ditanya mengenai kesan yang akan berlaku kepada Malaysia jika El Nino melanda Negara ini,Piarapakaran meramalkan bahawa ia akan menjejaskan dengan teruk keadaan bekalan air Negara.

Contohnya,jika paras air di empangan sungai Selangor tidak mencapai kapasiti selamat iaitu 55 peratus,Piarapakaran berkata,ia boleh menyebabkan kesan negative yang lebih buruk menjelang pertengahan tahun ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.