Gambar Prasarana Awam Dibom Di Hatyai

HATYAI: Berlaku empat letupan bom berasingan pada Selasa yang mengakibatkan Lima orang cedera,manakala bom kelima yang diletakkan dibahagian pintu pangsapuri dalam dalam Hospital Prince of Songkhla terlebih dahulu ditemui sebelum diletupkan.

Bom pertama meletus kira-kira pukul 1.30 tengah hari di hadapan kedai serbaneka 7 Eleven di Jalan Ponpichai berhampiran rumah pangsa anggota polis yang terletak bertentangan dengan Balai Polis Hatyai.

hatyai

 

hatyai2 (1)

hatyai1

Letupan bom yang diletakkan di kawasan tempat letak kereta balai polis itu mengakibatkan banyak kenderaan rosak.

 

Selain itu, dua lagi letupan bom dilaporkan berlaku di kawasan berhampiran stesen keretapi Hatyai yang juga berdekatan dengan pusat membeli belah Robinson.

 

Sementara itu, Pejabat Konsul Malaysia di Songkhla yang dihubungi mengesahkan tiada rakyat Malaysia terlibat atau mengalami kecederaan dalam insiden letupan bom di Hatyai setakat ini.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.