CYBERJAYA, 8 April 2025 — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
(MCMC) telah bertindak dalam memastikan perkhidmatan komunikasi di sekitar
Putra Heights dan beberapa Pusat Penempatan Sementara (PPS) kekal stabil susulan insiden kebakaran saluran gas yang berlaku pada pagi Selasa, 1 April 2025 lalu.
Insiden tersebut telah menjejaskan sembilan (9) struktur telekomunikasi di sekitar kawasan kejadian — satu (1) milik CelcomDigi, dua (2) milik Maxis, dan enam (6) milik U Mobile.
Semua struktur ini mengalami gangguan bekalan elektrik. Hasil tindakan pemulihan segera oleh syarikat penyedia perkhidmatan (Telco), semua perkhidmatan berjaya dipulihkan sepenuhnya pada hari yang sama.
Bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan Internet kepada para petugas dan mangsa yang berlindung di PPS Masjid Putra Heights, pihak Telco telah mengambil langkah segera dengan mengoptimumkan struktur sedia ada untuk memenuhi peningkatan keperluan perkhidmatan.
Selain itu, sebuah unit Mobile Cellular Vehicle (MCV) turut digerakkan ke lokasi bagi meningkatkan lagi kualiti liputan di kawasan berkenaan.
Pada masa yang sama, Telekom Malaysia (TM) telah menyediakan kemudahan WiFi percuma di
dua (2) lokasi PPS sebagai langkah tambahan.
Sebagai sokongan kepada mangsa yang terkesan, pihak Telco kini sedang giat berhubung dengan pelanggan mereka bagi menawarkan bantuan seperti penggantian kad SIM dan peranti yang rosak, penyelarasan bil serta membuka kaunter perkhidmatan khas di lokasi PPS untuk memudahkan urusan mereka.
MCMC akan terus memantau secara rapi dan bekerjasama dengan semua pihak terlibat bagi memastikan kualiti perkhidmatan komunikasi kekal pada tahap terbaik khususnya kepada mangsa yang berlindung di PPS.menyediakan kemudahan WiFi percuma di dua (2) lokasi PPS sebagai langkah tambahan.
Sebagai sokongan kepada mangsa yang terkesan, pihak Telco kini sedang giat berhubung dengan pelanggan mereka bagi menawarkan bantuan seperti penggantian kad SIM dan peranti yang rosak, penyelarasan bil serta membuka kaunter perkhidmatan khas di lokasi PPS untuk memudahkan urusan mereka.
MCMC akan terus memantau secara rapi dan bekerjasama dengan semua pihak terlibat bagi memastikan kualiti perkhidmatan komunikasi kekal pada tahap terbaik khususnya kepada mangsa yang berlindung di PPS.