KDM muktamad gerak solo tanding PRN Sabah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) menegaskan akan bergerak solo pada PRN Sabah di sebalik penularan dakwaan kewujudan kerjasama bersama Parti Sedar Rakyat (Sedar).

Ketua Penerangan KDM Mohd Ari-Nadzrah Abd Rahman berkata, pihaknya tidak menjalinkan kerjasama dengan mana-mana parti atau gabungan pada PRN tahun ini.

Jelasnya, mana-mana program parti lain yang mengaitkan KDM adalah tidak benar termasuk yang tular di media sosial.

“KDM ingin tegaskan yang kita sudah memutuskan bergerak solo pada PRN nanti dan keputusan itu kekal.

“Sebarang program diadakan oleh parti lain yang mengaitkan KDM adalah tidak betul dan di luar pengetahuan kami,” katanya dalam kenyataan lapor FMT pada Selasa.

Ari-Nadzrah mengulas penganjuran satu program tular di media sosial, konon dianjurkan Sedar bersama KDM.

“Ini juga mungkin untuk mencemarkan reputasi KDM sebagai sebuah parti tempatan yang akan bersaing pada PRN17 nanti,” katanya.

KDM kini diketuai Priscella Peter yang memangku tugas presiden selepas bapanya Peter Anthony menjalani hukuman penjara tiga tahun bermula 4 Mac.

Priscella akan dibantu seorang lagi timbalan presiden parti, Wetrom Bahanda, dalam menjalankan tugas.

Pada 4 Mac lalu, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen yang menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun serta denda RM50,000 ke atas Peter, kerana memalsukan dokumen berhubung kontrak kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan di Universiti Malaysia Sabah (UMS), 11 tahun lalu.

Pada 19 April 2023, Peter memfailkan rayuan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 26 Mei 2022.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat