Kanak-Kanak Terjatuh dari Kereta , Bapa Sedar Dua Kilometer Kemudian

- Advertisement -

KUANTAN — Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun mengalami kecederaan di bahagian muka selepas dipercayai terjatuh dari sebuah kenderaan di Kilometer 5, Jalan Lipis-Merapoh, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Ismail Man berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi ketika mangsa berada di tempat duduk belakang sebuah Proton Iswara Aeroback yang dipandu oleh bapanya dari Kampung Tempoyang menuju ke rumah mereka di Kampung Berembang.

“Siasatan awal mendapati mangsa telah terjatuh dari kenderaan melalui tingkap belakang sebelah kiri yang terbuka, ketika pemandu yang juga bapa kanak-kanak itu memberhentikan kenderaan untuk menjawab panggilan telefon.

“Namun begitu, si bapa tidak menyedari kejadian tersebut dan meneruskan perjalanan sehingga Kilometer 7 Jalan Lipis-Merapoh sebelum menyedari anaknya tiada di dalam kenderaan. Dia cuba mencari anaknya namun gagal, lalu membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Lipis,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Menurut Ismail, kanak-kanak tersebut kemudian ditemui oleh seorang orang awam dalam keadaan cedera di muka sebelum dibawa ke Balai Polis Padang Tengku dan seterusnya menerima rawatan di Hospital Kuala Lipis.

Kes disiasat di bawah Seksyen 337 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan dengan perbuatan cuai yang membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain. Polis turut memohon kerjasama mana-mana individu yang menyaksikan kejadian untuk tampil membantu siasatan.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat