Hajiji diingatkan pelantikan pengurusan Sedco harus selari dengan agenda bumiputera

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Aktivis Sosial Gundohing Musli Oli menegaskan kritikannya berkait pelantikan Pengurus Besar Kumpulan (GGM) Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Sabah (SEDCO) Datuk Ar. James bukan atas dasar perkauman tetapi demi agenda penubuhan Sedco sendiri.

Musli sebaliknya menyatakan falsafah penubuhan SEDC berbeza kerana ia selaras dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

“Pelantikan CEO dari kalangan bukan Bumiputera untuk lain-lain GLC tidak pernah menjadi isu. Saya pun tidak pernah kritik atau tegur. Tetapi ini berbeza dgn SEDCO.

“Ini kerana falsafah asal penubuhan SEDC negeri-negeri di Malaysia adalah selaras dengan falsafah DEB.

“Penubuhannya bertujuan membantu kerajaan negeri seiring dengan Kerajaan Persekutuan untuk mencapai sasaran matlamat DEB. Sabah dan Sarawak juga tubuh SEDCO masing-masing pada awal 70an selepas DEB dilancar. SEDCO ditubuhkan pada 21 Desember 1971.

“Buat masa ini beberapa SEDC yang masih diterajui Melayu dan Bumiputera telah menjadi GLC yang sangat berjaya seperti PKNS (Selangor) dan SEDC Johor. Peranan agensi ini kekal dengan matlamat menambah penyertaan Bumiputera dalam perdagangan dan perusahaan,” catat Musli di Facebooknya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, DEB tiada tempoh tamat maka itu tidak timbul isu ia gagal.

“DEB diganti dgn DPN selepas 1990. Namun semangat memberi peluang kepada Bumiputera tetap berterusan.

“Jika benar SEDCO Sabah mengalami kerugian mohon siasat puncanya. Tetapi jangan kompromi deangn falsafah asal penubuhan SEDCO itu,” katanya.

Musli sebelum itu mencatatkan jika semua pengurus besar dan CEO dalam GLC dikalangan orang Cina lebih mudah dan senang anak-anak Bumiputera yang baru bergraduasi mendapat kerja, itu demikian pendapat pakar penyokong kerajaan.

Beliau malah dalam nada sarkastik mencadangkan selain melantik orang bukan Bumiputera dalam GLC yang bermatlamat menambah penyertaan Bumiputera dalam perdagangan dan perusahaan seperti SEDCO, kerajaan negeri boleh juga lantik orang-orang Cina berlatar belakang korporat, anak-anak taukeh dan taikun dan golongan kayangan politik mengetuai GLC di Sabah seperti SAFMA, Ko-Nelayan, KPD, Qazanah Sabah, Suria Capital, Innoprise, Yayasan Sabah dengan melantik mereka sebagai Pengerusi Eksekutif, Pengarah Eksekutif, CEO atau pengurus besar kumpulan.

“Begitu juga kerajaan negeri boleh cadangkan dalam agensi-agensi Persekutuan MARA, FAMA, LKIM cawangan Sabah juga lantik orang Cina.

“Apa yang penting mereka dikalangan rakyat Sabah. Soal mereka bukan Bumiputera tidak penting kerana pegawai-pegawai Bumiputera Sabah selama ini gagal mengemudi GLC-GLC tersebut.

“Tukar semua kakitangan kanan Bumiputera. Useless!

“Kalau boleh buat usul dalam DUN Sabah mansuhkan status Bumiputera dan status anak negeri. Biar Cina yang urus ini negeri,” bidas Musli.

Sebelum itu Borneo Voice melaporkan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Sabah (SEDCO) yang ditubuhkan pada tahun 1971, telah melantik Datuk Ar. James sebagai Pengurus Besar Kumpulan (GGM) menggantikan Haizar Razif Hisyam yang telah tamat kontrak perkhidmatannya.

“Kita maklum, penubuhan SEDCO diperuntukkan melalui Enakmen Perbadanan Pembangunan Ekonomi Negeri No. 30 (1971) susulan penggubalan Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk mencapai misi membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat termasuklah Bumiputra di Sabah.

“Pelantikan beliau telah menimbulkan pelbagai reaksi. Reaksi pertama dan positif: golongan yang ingin melihat kelangsungan dan kemajuan SEDCO. Pelantikan beliau ini diyakini mampu menambah kekuatan badan yang menjadi antara tonggak penting kemajuan ekonomi Sabah.

“Sementara reaksi kedua dan negatif, mempersenda malah melihat perlantikan beliau ke jawatan utama eksekutif Government Link Companies (GLCs) itu telah membelakangkan semangat kebumiputraan rakyat Sabah! Dengan kata lain, GGM mesti Bumiputera,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat