Akmal jangan bergaduh dengan sesiapa, selesaikan dulu PRK Ayer Kuning – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Akmal Saleh supaya bertenang dan tidak bergaduh dengan sesiapa dalam tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Ayer Kuning.

Nasihat Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri itu sebagai semboyan damai agar proses pilihan raya yang bakal berlangsung 26 April ini berjalan dengan lancar dan tiada kacau ganggu yang akan menggugat kemenangan calon Barisan Nasional (BN).

“Saya mahu seluruh jentera siap siaga bergerak serentak, ini termasuk rakan-rakan Umno iaitu MCA dan MCA Tapah.

“Kita (BN) harus berganding bahu memenangkan calon kita.

“Jangan lupa Ketua Pemuda Umno (Akmal) dan seluruh jenteranya.

“Cuma saya minta dengan Dr akmal buat masa ini hingga 25 hari bulan April jangan gaduh dengan sesiapa,” seloroh Ahli Parlimen Bagan Datuk itu.

Pengerusi BN itu berkata demikian ketika berucap di Command Centre BN, Kampung Haji Tahir, Temoh, Tapah semalam.

BN mengumumkan pencalonan Setiausaha Umno Bahagian Tapah Dr Mohamad Yusri Bakir untuk merebut kerusi PRK Dun Ayer Kuning.

DUN Ayer Kuning mempunyai 31,897 pengundi berdaftar terdiri daripada 31,315 pemilih biasa dan 582 anggota polis dan pasangan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK Dun Ayer Kuning pada 26 April, dengan, hari penamaan calon pada 12 April dan pengundian awal pada 22 April.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat