Salahuddin Dakwa Kerjasama UMNO dan PAS Semarakkan Politik Perkauman

SEREMBAN – Penyatuan UMNO dan PAS hanya akan menyemarakkan lagi politik perkauman, kata Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Salahuddin Ayub.

Katanya, beliau berasa hairan mengapa PAS ingin bersama UMNO, sedangkan suatu ketika dahulu UMNO pernah menuduh PAS sebagai parti perkauman.

“PAS dan UMNO hari ini cuba jana kekuatan atas nama kaum, tapi perlu diingat mereka kalah dalam pilihan raya umum yang lalu.

“PAS dah ‘u-turn’ banyak kali, mereka berpusing-pusing dalam keputusan mereka. Jika kita hendak hentikan politik perkauman, kerjasama UMNO dan PAS perlu dihentikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika program ceramah Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau di Taman Bukit Tuanku, di sini, malam tadi.

Hadir sama dalam program ceramah itu, Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Abdul Samad dan Naib Presiden PKR, Dr Xavier Jayakumar.

Salahuddin berkata, kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) tidak bergantung kepada latar belakang calon, dan beliau meninggalkan PAS agar boleh memberikan perkhidmatan kepada semua kaum.

“Dulu kita tinggalkan PAS, kenapa? Sebab kita nak amalkan Islam untuk semua, keadilan untuk semua. Kita tak boleh paksa orang masuk Islam. Peranan Islam mengamalkan belas kasihan untuk semua,” katanya. – BH

Lain-Lain Berita;-

Lim Kit Siang Kecewa Kerajaan PH Dipaksa Tarik Balik Ratifikasi Statut Rom & ICERD

Kerajaan PH Tarik Balik Ratifikasi Statut Rom Kerana Bimbang Digulingkan – Menteri

Statut Rom, ICERD Bercanggah Dengan Perlembagaan Negara – Sultan Johor

Dr Mahathir Umum Tarik Balik Ratifikasi Statut Rom Selepas Dikritik Pelbagai Pihak

Kebanyakan Menteri Mahu Ratifikasi Statut Rom, Dakwa Tak Bercanggah Perlembagaan

TH Rugi RM10 Bilion Tahun 2018, PH Rancang Tuduh Kerugian Itu Dari Tahun 2017 – Najib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.