Video: Manifesto BN Realistik, ‘No One Left Behind’

KUALA LUMPUR – Manifesto Barisan Nasional (BN) untuk pilihanraya umum ke-14 (PRU14) ini tidak menjanjikan bulan dan bintang, malah ia merupakan sesuatu yang realistik dan mampu dicapai.

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak pada Sabtu malam, melancarkan manifesto Barisan Nasional (BN) mengandungi 14 akujanji sebagai tawaran kepada rakyat negara ini, untuk terus memberi mandat kepada parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) ini.

Manifesto bertemakan “Bersama BN Hebatkan Negaraku” itu menyentuh semua aspek kesejahteraan hidup masyarakat dan menjamin tiada siapa yang akan dipinggirkan bagi menghadapi pelbagai cabaran, dengan mengambil kira keperluan semua negeri untuk tempoh lima tahun akan datang.

Menerusi manifesto 14 akujanji itu, keutamaan diberikan kepada ‘ekonomi keperluan rakyat’ dalam usaha BN menangani peningkatan kos sara hidup, meningkatkan pendapatan isi rumah, meluaskan peluang pendidikan, pekerjaan dan perniagaan, menambah bilangan rumah mampu milik, memperbanyak latihan kemahiran dan keusahawanan, yang secara dasarnya dirancang berdasarkan pengalaman seharian rakyat.

Tiga ahli parlimen BN yang ditemubual SuaraTV selepas berakhirnya program itu berkata, manifesto itu bukan sekadar mahu menabur janji demi meraih undi, malahan pada dasarnya telah menyediakan satu pelan komprehensif untuk menyelesaikan setiap pemasalahan rakyat di sebalik sumber kewangan negara yang terhad.

“Pada keseluruhannya manifesto ini memberikan faedah yang cukup besar bukan sahaja kepada pembangunan masyarakat bahkan kepada golongan miskin”, kata Ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib.

Menurut Ahli Parlimen Sri Ayer Hitam, Datuk Dr. Wee Ka Siong, manifesto itu mencakupi pembangunan dan kebajikan rakyat tanpa mengira bangsa atau kaum, serta dirancang dengan teliti dan berhati-hati agar ianya memberi manfaat jangka panjang kepada rakyat secara keseluruhannya.

“Manifesto ini sesuai dengan slogan no one left behind (tiada siapa pun yang tertinggal),” kata Wee Ka Siong.

Sementara itu Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Aziz Kaprawi pula memuji kecekapan dan keprihatinan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak menghasilkan manifesto yang tidak menabur janji kosong dan mampu untuk ditunaikan.

“Kalau kepimpinan BN tidak mempunyai kehebatan, pasti dia tidak dapat menghasilkan manifesto yang luar biasa ini.

Kita bersyukur, rakyat bersyukur kerana kita mempunyai pemimpin-pemimpin BN yang mempunyai komitmen tinggi untuk rakyat Malaysia,” katanya mengakhiri temubual. -SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.