Manifesto BN Johor 14, 15 April Ini

PASIR GUDANG – Barisan Nasional (BN) negeri dijangka membentangkan manifesto peringkat negeri untuk Pilihan Raya Umum ke-14 pada 14 atau 15 April ini.

Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, antara intipati manifesto itu nanti mengutamakan kesejahteraan ekonomi rakyat.

“Manifesto kita akan turut memiliki fokus khusus buat masyarakat Felda, golongan orang kurang upaya, generasi muda dan wanita,” katanya, lapor Utusan

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri program Himpunan Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Pasir Gudang di Taman Mawar, di sini sebentar tadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.