Video: Tempoh Moratorium Bauksit Dilanjutkan – Wan Junaidi

PUTRAJAYA – Tempoh moratorium terhadap aktiviti perlombongan bauksit di Kuantan, Pahang yang tamat pada 15 April ini disambung tiga bulan lagi, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

 

Beliau berkata perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat kabinet hari ini.

 

Pelanjutan tempoh moratorium itu antara lain bagi membolehkan stok simpanan bauksit sedia ada yang berjumlah hampir empat juta tan metrik “dikosongkan” atau dieksport.

 

“Kementerian akan membantu pengeluaran bauksit dan memberi AP (permit eksport) mengikut kapasiti bulanan pelabuhan,” katanya.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.