Video: ‘Gadis’ Separuh Bogel Tendang, Ludah Pekerja KTMB

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang dipercayai seorang pekerja KTMB ditendang dan diludah oleh seorang gadis yang marah dalam satu kejadian di stesyen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), disini.

 

Berdasarkan rakaman yang dimuatnaik di laman Facebook, gadis yang berusia awal 20-an itu turut dilihat membaling kerusi sambil mengajak lelaki pertengahan usia itu untuk bergaduh.

 

 

“Kau tak puas hati dengan wa (gua) ka, lu (engkau) cakap sekarang… apa cakap cepat.

 

“Lu main cara kasar dengan gua, jangan main gila babi,” ujar gadis yang berpakaian separuh bogel tersebut sambil menolak badan lelaki tersebut berulang kali.

 

Melalui klip video berdurasi 2:51 saat itu, gadis tersebut turut dilihat menendang pekerja KTMB tersebut sambil menjerit dan melemparkan kata-kata kesat.

 

Paling memeranjatkan, gadis tersebut turut membuka kasutnya untuk bergaduh dengan lelaki tersebut sebelum meludahnya.

 

Bagaimanapun SuaraTV tidak dapat dipastikan bila dan dimana kejadian tersebut dirakam.

 

Pihak kami sedang berusaha untuk menghubungi pihak pengurusan KTMB berhubung kejadian tersebut. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.