Pasangan Suami Isteri Dakwa Diganggu ‘Lembaga Hitam’

KUALA LUMPUR – Kewujudan suara misteri yang tiba-tiba sahaja terdapat di dalam senarai ‘playlist’ telefon bimbit menjadi ketakutan sebuah keluarga.

 

Menerusi perkongsian Faten Nurfarhana di akaun Facebooknya memberitahu, rakaman tersebut bukan rakaman yang dikongsikan sesiapa, namun, ia telah menjadi senarai audio dalam file media manager android milik mangsa yang dikenali sebagai Kak Yati.

 

“Bukan kita orang rakam dari mana-mana. Tiba-tiba saja dah ada kat file media manager. Padahal dalam file media sebelum ni tak ada,”komen Faten Nurfarhana.

 

Melalui perkongsian itu suara rakaman tersebut kedengaran seperti seruan ‘mari’ dimana dalam bahasa tamilnya membawa pengertian ‘mati’.

 

Malah, menerusi penggera jam yang dikongsikan turut diubah kepada ‘Bangun tengok aku’, ‘Kau takut aku kejutkan kamu’, ‘Bangun Zuri’, ‘Jangan Cuba Lawan Aku’ dan ‘Majusi’ yang kesemuanya adalah yang diselenggara untuk penggera jam di telefon bimbit tersebut.

 

Sehubungan itu, menerusi cerita yang dikongsikan juga, terdapat beberapa kejadian aneh yang turut berlaku seperti gambar pasangan suami isteri itu diambil ketika mereka sedang tidur dan kemunculan lembaga hitam di tingkap bilik rumahnya.

 

Tambah perkongsian tersebut, mengikut cerita yang dikongsikan Kak Yati kepada beberapa temannya yang mengetahui kejadian tersebut sejak awal lagi memberitahu, rumah yang di diami pasangan itu juga adalah ‘keras’.

 

Dakwanya lagi, walaupun seringkali sahaja memasang ayat al-quran dan pelbagai surah sebagai pendinding menerusi telefonnya, namun gangguan itu berterusan sehingga ke hari ini.

 

Perkongsian itu turut menyebut pasangan itu sering ‘diusik’ malah anaknya yang berusia enam tahun itu juga melihat kelibat menakutkan yang sering mengganggunya.

 

Dalam pada itu, Suara TV masih mendapatkan reaksi daripada mangsa berhubung kejadian misteri yang dialami mereka sekeluarga.

 

Pihak SuaraTV juga masih mendapatkan informasi daripada pakar audio bagi memastikan kesahihan suara misteri itu serta mendapatkan pandangan daripada ahli agama berhubung kejadian tersebut. – SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!