Song Joong Ki Lelaki “Gentleman” – Fatima

Pelakon antarabangsa Zyon Barreto mengakui pelakon utama Descendent of The Sun, Song Joong Ki seorang lelaki budiman.

 

Berkongsi pengalam berlakon bersama aktor tersebut, gadis yang kini semakin meraih populariti menerusi watak Fatima dalam drama Korea fenomena itu berkata, pada mulanya dia agak malu-malu apabila berada di hadapan dan berlakon bersama Joong Ki.

 

Namun selepas mereka berpeluang duduk dan berbual dan menghabiskan masa bersama, Barreto mengakui mula selesa dengan sikap Joong Ki yang memengang watak sebagai Kapten Yoo So Jin

 

“Saya agak malu-malu apabila pertama kali bertemu dengan beliau dan saya tidak tahu banyak mengenai beliau. Saya hanya tahu bahawa beliau baru saja keluar daripada pusat latihan khidmat negara.

 

“Bagaimanapun, selepas berbual bersamanya, saya rasa dia adalah seorang lelaki yang sangat baik dan sangat di hormati oleh ramai orang.

 

“Saya juga mendapat tahu bahawa dia suka makan coklat M & M. Saya juga memberikan nama Inggeris sebagai, Langdon. Apabila saya memanggil dia Langdon, dia suka”.

 

“Ketika kali pertama kami bertemu, ketika itu cuaca sangat sejuk. Dia membuka jaketnya dan memberikan kepada saya. Dia melayan saya seperti adiknya. Saya suka dia dan menganngap dia seperti seorang abang saya”, cerita Fatima seperti yang dipetik dari sumber Hacema.com.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.