Skim MyDeposit, Penuhi Aspirasi Anak Muda – Pemuda UMNO

KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO menyambut baik keputusan kerajaan memulakan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak semalam.

 

Pengerusi Biro Hal Ehwal Bandar dan Perumahan pergerakkan itu, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata langkah tersebut merupakan inisiatif terbaik bagi memastikan rakyat Malaysia khususnya golongan muda memiliki rumah sendiri.

 

“Skim MyDeposit yang diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan sederhana (M40) yang memperolehi pendapatan isi rumah antara RM 3,000 hingga RM 10,000 adalah amat penting bagi membolehkan mereka membeli rumah yang berharga RM 80,000 hingga RM 50,000 kerana kerajaan akan membantu sehingga RM 30,000 untuk setiap permohonan.

 

“Ini adalah antara perjuangan Biro Hal Ehwal Bandar dan Perumahan selain memohon kerajaan membantu duit sewaan rumah kepada golongan muda yang kurang berkemampuan pd awal tahun 2014 yang lalu, ,” katanya melalui satu kenyataan yang dihantar kepada SuaraTV sebentar tadi.

 

Nazir turut merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih di atas inisiatif kerajaan untuk yang menjadikan isu perumahan sebagai isu utama untuk ditangani segera.

 

“Saya juga mengucapkan terima kasih di atas ketetapan kerajaan melalui Pengubahsuaian Bajet 2016 yang lalu iaitu penjualan rumah berharga RM 300,000 ke bawah adalah hanya untuk pembeli rumah pertama sahaja yang mula dilaksanakan pada bulan ini.

 

“Saya mengharapkan golongan muda di negara ini tidak sesekali melepaskan peluang yang diberikan kerajaan untuk memiliki rumah sendiri selepas ini dengan pelbagai inisiatif yang telah disediakan,” katanya lagi.

 

Perdana Menteri semalam, berkata Mesyuarat Majlis Perumahan Negara (MPN) bersetuju memulakan skim MyDeposit bagi membantu golongan berpendapatan sederhana (M40) yang berpendapatan isu rumah antara RM3,000 hingga RM10,000. – SuaraTV

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.