Pelawak Popular, Mr. Os Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR – Pelakon komedi popular, Mohd Yusof Abdul Hamid atau lebih dikenali panggilan Mr Os, 65, disahkan meninggal dunia pada pukul 2.15 petang ini.

 

Perkara ini telah disahkan oleh anak perempuan arwah, Husna Yusof di laman sosial Facebook miliknya kira-kira 30 minit lalu.

 

“Abah saya telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi. Mohon ampun dan maaf dari pihak keluarga andai arwah pernah mengguris atau melukakan hati sesiapa dalam sedar atau tidak, jenazah akan di bawa pulang ke Gombak,” tulis catatan laman sosial itu.

 

Sebelum ini arwah pernah menjalani pembedahan tonsil.

 

Sementara itu rakan baik Allahyarham, pelawak Abon turut memaklumkan perkara yang sama.

 

“Anaknya bernama Husna menelefon dan memaklumkan kepada saya akan berita kematian Mr. Os pada pukul 2.15 petang tadi,” katanya.

 

Allahyarham berasal dari Kuala Kangsar, Perak terkenal menerusi filem Adik, Mr. Os dan Balik Kampung.

 

Allahyarham baru saja menyambut hari kelahirannya yang ke 55 tahun beberapa hari yang lalu. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.