Netizen Kecam Dakwaan Laman Antarabangsa

KUALA LUMPUR – Sebuah laman antarabangsa, worldatlas.com minggu lalu, mendakwa sepuluh bandar paling bahaya di Asia termasuk empat bandar di Malaysia.

 

Antara sepuluh bandar tersebut disusun mengikut urutan dan tempat teratas adalah bandar Karachi di (Pakistan), seterusnya, Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Gurgaon, (India), Klang, Dhaka (Bangladesh), Ulaan Baatar (Mongolia), Manila (Filipina) Quezon City (Filipina) dan Johor Baharu.

 

Menerusi laporan itu juga menasihatkan agar pelancong yang mengunjungi bandar tersebut perlu berhati-hati daripada penyeluk saku, samun, rompakan dan jenayah terancang.

 

Dakwaan itu bagaimanapun mendapat kecaman daripada netizen dan tinjauan SuaraTV mendapati, sebahagian netizen menyifatkan ia sebagai tidak masuk akal.

 

“Banyak lagi bandar kat negara lain lebih teruk,”tulis Creed Mashlow.

 

“Aku rasa tak masuk akallah.'”tulis Rahayu.

 

“Kajian Paling Mengarut,”kata Mohamad Fairuz- SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.