Hormati Pelanggan, Jangan Guna Perkataan ‘Awak’

KUALA LUMPUR – Seorang pakar perubatan dari Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), menegur usahawan muda agar menggunakan bahasa yang sesuai dan profesional kepada pelanggan ketika berurusan dengan mereka semasa di atas talian.

 

Beliau berkata demikian selepas berhadapan dengan situasi tersebut dimana panggilan itu disifatkan sebagai tidak profesional untuk digunakan kepada pelanggan yang lebih berusia.

 

Dr Harlina Halizah Siraj yang memuat naik status dan paparan skrin berhubung perbualan antaranya bersama perunding tersebut turut menasihatkan ushawan siber supaya membaca terlebih dahulu sebelum berkomunikasi dengan pelanggan mereka.

 

“Sedikit teguran dari Dr Har untuk anak-anak usahawan muda yang sedang rancak berurusan dengan pelanggan di atas talian dan di alam siber. Mohonlah gunakan bahasa yang sesuai dan profesional ketika berkomunikasi dengan pelanggan anda. Ucapkanlah sedikit penghargaan atau terima kasih atas kesudian bakal pelanggan menghubungi anda.

 

“Baca sekali dua lagi teks yang ditulis sebelum menekan ikon `SEND’. Sesungguhnya bahasa yang digunakan akan melambangkan keperibadian seseorang!,” katanya yang turut memaparkan SMS syarikat perniagaan online tersebut di laman sosial.

 

Beliau turut menjelaskan tindakan yang dilakukan itu kerana merasa bertanggungjawab untuk menyampaikan teguran setakat yang terdaya.

 

Sementara itu, tinjauan SuaraTV mendapati sebahagian besar pelayar bersetuju dengan cara teguran yang dilakukan Harlina.

 

Noor Isma Ismail Dariuk berkata, “Sila baca dan belajar dari teguran ini. Doktor ini betul. Dia seharusnya menerima gelaran Puan atau Doktor. Sila berhati-hati jika berurusan dengan orang berstatus,”katanya.

 

Yang Teristimewa berkata, “Terima kasih kerana mengingatkan. Setuju ia perlu dilakukan mengikut formaliti dan kesesuaian. Lelaki atau perempuan kenapa tidak kita mulakan panggilan kepada mereka sebagai tuan. Kemudian selepas itu ikut macam mana pelanggan beri maklum balas tersebut.

 

Bagaimanapun, ada segelintir pelayar menyelar tindakan Harlina dan menyifatkannya sebagai gila pangkat atau status.

 

“Erm kesian doktor, nak tegur akhirnya terkena batang hidung sendiri. Memang dia tegur elok tapi cara teguran menunjukkan bangga diri dengan pangkat doktor. Tak perlu beritahu kata diri tu doktor kalau betul-betul rendah hati. Pangkat kat dunia saja. Kawan-kawan pun berniaga saja bukan nak temuduga kerja ke apa,” kata Mohamad Akmal.

 

Hafiz Sumari Purba pula menulis, “Doktor bongok ni, pangkat boleh masuk dalam kubur kot. Sebab itu tu..dah pakai bahasa awak pun jadi salah, pakai aku engkau jela.. betul kan!,”tulisnya. – SuaraTV

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.