Gadis Maut Terjun Dari Tingkat 36 Kondominium

PETALING JAYA – Seorang gadis maut, selepas terjun dari tingkat 36 sebuah kondominium mewah di ibu negara, semalam.

 

Kes yang diklasifikasikan sebagai mati mengejut itu berlaku pada jam 5 petang semalam, di sebuah kondominium mewah di Brickfields setinggi 38 tingkat.

 

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Sharul Othman Mansor yang dipetik Sin Chew Daily berkata, Chan Li Kwin yang berusia 24 tahun itu berasal dari Kampung Selamat di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

 

Hasil siasatan mendapati, gadis itu terjun dari tingkat 36 dan satu beg pakaian yang dipercayai milik mangsa turut ditemui di tingkat 36 bangunan itu.

 

Siasatan awal polis juga menunjukkan kes itu tidak mempunyai unsur jenayah.

 

Ibu mangsa memberitahu polis, anaknya pernah bekerja di Bayan Lepas dan tidak tahu kenapa.

 

Shahrul Othman turut menafikan khabar angin kononnya mayat mangsa patah dua, sebaliknya beliau memberitahu, kaki kanan mangsa terputus, selain bahagian otak belakang dan badannya mengalami kecederaan parah.

 

Jelasnya, pihak pengurusan kondominium terbabit memberitahu polis, mangsa bukan penduduk kondominium itu dan pengawal keselamatan juga tidak mempunyai rekod dia memasuki bangunan berkenaan.

 

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), mangsa dilihat memasuki kawasan kondominium itu kira-kira jam 4.30 petang.

 

Punca gadis itu bunuh diri masih menjadi teka-teki. – FMT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.