Debat: Guan Eng Tidak Mahu Isu Skandal Banglo Dimasukkan

KUALA LUMPUR – Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guang Eng didakwa tidak akan berdebat mengenai isu banglonya.

 

Menurut status yang dikongsikan Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ab Aziz Kaprawi menerusi twitternya menerusi komen yang ditulis Ahli Parlimen Kota Belud itu berkata, biarpun debat itu bakal berlangsung, namun Guan Eng dikatakan tidak akan mengulas mengenai isu tersebut.

 

“Hmm…saya baru diberitahu kononnya pihak sebelah sana tidak mahu isu banglo Puan Phang dimasukkan dalam perdebatan,”katanya.

 

Terdahulu, Radio Televisyen Malaysia (RTM) sedia menyiarkan secara langsung debat mengenai tanah Taman Manggis antara dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata RTM akan membantu melancarkan perjalanan debat itu melalui slot program ‘Demokrasi’ RTM.

 

Abdul Rahman yang juga Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), menyambut baik kesediaan Lim untuk menyertai debat umum itu dengan beliau.

 

Semalam, Lim berkata beliau bersedia untuk berdebat dengan menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan mengenai perkara itu, malah mahukan acara itu disiarkan secara langsung.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.