Marina Mahathir Sokong Amerika Iktiraf Golongan Pondan Di Malaysia

KUALA LUMPUR – Aktivis sosial, Datin Paduka Marina Mahathir mengucapkan tahniah kepada Aktivis hak Transgender, Nisha Ayub selepas bandar San Diego, California mengisytiharkan 5 April sebagai Hari Nisha Ayub.

 

Marina yang memuat naik status tersebut di akaun Facebooknya turut membuat pautan berita dari The Star Online mengenai penghargaan pengisytiharan yang dibuat oleh Datuk Bandar San Diego, Kevin L. Faulconer di atas sumbangan Nisha memperjuangkan hak-hak transgender.

 

“Wow…tahniah Nisha,” tulisnya.

 

Minggu lalu, Nisha merupakan seorang daripada 14 penerima Setiausaha Negara Amerika Syarikat Wanita Antarabangsa yang telah memenangi anugerah ‘keberanian’ dari kedutaan Amerika Syarikat.

 

Sebelum ini, sebuah portal mendakwa Marina yang juga Ahli Lembaga Pengarah Sister in Islam (SiS) menerima gelaran sebagai pejuang lesbian, gay, biseksual dan transeksual kerana disifatkan sering mempertahankan hak golongan itu.

 

Terdahulu, Nisha telah memenangi anugerah ‘keberanian’ yang sebelum ini dimenangi bekas pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan.- SuaraTV

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.