Aktres Popular Menang Pertandingan Makan Kepak Ayam

Aktres terkenal Bollywood, Priyanka Chopra berjaya mengalahkan pengacara Jimmy Fallon dalam pertandingan makan kepak ayam.

 

New Kerala melaporkan Priyanka dicabar oleh Jimmy ketika membuat kemunculan menerusi program The Tonight Show Starring Jimmy Fallon.

 

Malah Priyanka dilihat tidak mempunyai sebarang masalah apabila ayam disediakan berperisa pedas dengan sos cili.

 

“Jimmy mungkin memandang rendah terhadap cinta Priyanka terhadap makanan dan dia berjaya memenangi pertandingan itu walaupun kepak ayam berkenaan pedas,” kata krew program berkenaan.

 

Priyanka mula mendapat perhatian di Hollywood selepas muncul dalam drama bersiri Quantico dan bakal membintangi filem Baywatch tidak lama lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.