Video: 1MDB, Arul Kanda Sedia Dihukum

KUALA LUMPUR – Presiden Kumpulan 1 Malaysia Development Berhad, Arul Kanda menyatakan beliau sanggup menerima hukuman sekiranya didapati bersalah dalam siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa.

 

Arul turut menegaskan pihaknya redha dengan sebarang hukuman sekiranya terbukti beliau telah melakukan sebarang kesalahan sepanjang perkhidmatannya di 1MDB.

 

“Pihak berkuasa atau penguatkuasa telah diminta oleh PAC untuk meneliti laporan ini dan jika ada kesalahan maka tindakan perlu diambil.

 

 

“Jika saya sendiri didapati telah melakukan kesalahan, saya bersedia menerima apa yang ditentukan oleh pihak berkuasa,” katanya kepada media semalam.

 

Menurut beliau, Lembaga Pengarah 1MDB telah mengeluarkan 1 kenyataan dimana lembaga pengarah telah menawarkan untuk bersara kepada Lembaga Pengarah 1MDB.

 

Menurut beliau lagi, hal ini penting untuk memastikan segala prosedur penyiasatan dapat dilakukan dengan sebaik mungkin.

 

“Jadi sekarang terpulang kepada pemegang saham iaitu MKD iaitu Menteri Kewangan Diperbadankan sama ada hendak menerima tawaran letak jawatan tersebut atau tidak.

 

“Dan apabila keluarnya laporan tersebut apabila PAC meminta untuk penyiasatan lanjut, adalah wajar lembaga pengarah meletak jawatan supaya segala penyiasatan dapat dilaksanakan dengan cara tatatertib terbaik.” ujarnya.

 

Terdahulu, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menyarankan supaya pihak penguatkuasa perlu mengkaji dengan teliti laporan ini dan membuat siasatan lanjut. Jika didapati wujud kesalahan, tindakan undang-undang perlu diambil. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.