‘Mustafa Gagal Siasat Mat Sabu Kerana Terikat Video Seks’

Kuala Lumpur – Ekoran masih gagal menjalankan siasatan terhadap Timbalan Presiden, Mohamad Sabu berhubung dakwaan cuba menggulingkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali sekali lagi menjadi kecaman Tuc Tok Usin Ceroi.

 

Tuc Tok Usin Ceroi, pengendali laman Facebook yang membuat pendedahan berhubung Mohamad atau Mat Sabu itu, kali ini mendakwa tindakan ‘lembap’ Mustafa adalah disebabkan ‘terikat’ dengan pihak tertentu yang mempunyai rakaman video seks beliau.

 

Ujar pengendali laman Facebook itu lagi, berkemungkinan video seks yang berada dalam simpanan pihak tertentu itu adalah senjata bagi mempengaruhi dan ‘mengikat’ tindak tanduk Mustafa.

 

Mustafa sebelum ini dihambat kontroversi pendedahan sebuah video seks yang memaparkan seorang lelaki miripnya dan pasangannya sedang melakukan hubungan intim.

 

“Sepatutnya Dato tak perlu takut kerana Datuk bukannya berzina sebaliknya wanita tersebut adalah isteri muda Datuk, ia perkara yg halal…Datuk tentu lebih tahu siapa dalang dan pelakunya….siapa yang menguruskan tempahan hotel yg selalu Datuk check in (daftar masuk)?

 

“Siapa yang pasang kamera rakaman tersebut? Sudah pastinya orang yang sangat dekat dan tahu gerak geri Datuk….Tok rasa Datuk lebih mengetahui siapa dalangnyakan? Dan kes itu berlaku ketika hampir dgn PRU 13 dan Datuk pun tahu sebabnya kan?,” tulis Tuc Tok Usin Ceroi dalam laman sosial itu.

 

Mustafa sebelum ini juga memberitahu tiada siasatan akan dibuat terhadap Mat Sabu, berikutan tiada sebarang aduan dibuat membabitkannya.

 

Beliau juga sebelum ini pernah meminta agar Tuc Tok Usin Ceroi tampil dan membuat aduan sebelum jawatankuasa siasatan khas memanggil dan menjalankan siasatan ke atas Mat Sabu.

 

Namun sehingga kini, Tuc Tok gagal berbuat demikian.

 

Namun kata Tuc Tok, Mustafa tidak sewajarnya berdiam diri dan hanya ‘membiarkan bangkai khinzir di depan mata terus membusuki jemaah tanpa ambil sebarang tindakan membuang atau menimbusnya’.

 

Tuc Tok juga menyatakan kesediaan untuk disaman sekiranya kenyataannya pada kali ini dianggap fitnah.

 

“Tok rela dipenjarakan jika tuduhan ini fitnah, kalau nak bayar saman memang tok tak mampu kerana tok tak punyai apa-apa dan tok rela dipenjarakan jika ini adalah fitnah..tok lebih takutkan Allah berbanding segalanya.

 

“Tok bagi tau ni bukan bertujuan nak aibkan Datuk Pa, nak selamatkan dia, nak keluarkan dia dari cengkaman tersebut, sampai bila dia nak hidup dalam cengkaman tu, sampai bila dia nak biarkan hidup dia diikat,maruah dia tak tercalar. Malah kasih sayang manusia akan bertambah dengan apa yg celaka-celaka tu dah perlakukan pada beliau,” tulisnya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.