Gangguan Seksual: ‘Pakai Baju Kurung Pun Kena’

Kuala Lumpur – Sebuah perkongsian seorang pelayar laman media sosial Facebook memberitahu, beliau diganggu secara seksual oleh seorang lelaki yang tidak pasti kewarganegaraannya ketika berada di dalam LRT.

 

Menurut Sue, kejadian dikatakan berlaku di LRT Bandar Tasik Selatan pada jam 8.30 pagi, semalam.

 

“Aku tak pakai seksi pun…aku pakai baju kurung…baju nak pergi kerja…pun kena jugak,” kata Sue.

 

Ketika mengulas lanjut mengenai kejadian tersebut Sue turut menyeru agar rakan-rakannya agar berhati-hati ketika mengunakan perkhidmatan awam bagi mengelakkan perkara yang sama berulang.

 

“Tangan dia dekat sangat dengan badan aku, pas tu aku elak-elak la…dia keluarkan alat sulit dari zip seluar, siap ramas-ramas.. aku tergamam tak leh nak jerit or nak marah.

 

“Dalam keadaan menggigil dan menangis aku pergi ke monorail Hang Tuah, dia (suspek) pun ada tapi di monorail sebelah (disebabkan itu) aku sempat ambil gambar dia” ujar lagi.

 

Ekoran kejadian tersebut beliau berkata menjadi fobia dan trauma untuk mengunakan perkhidmatan awam itu.

 

Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai, khususnya kaum wanita yang menasihati antara satu sama lain.

 

Berikut adalah antara komen berhubung kejadian tersebut:

 

Cik Din Daughter Sy penah kena dlm monorail, nyaris nk kena cium,,tp tu melayu,,pak cik tua,,smp je stesen hang tuah org tua tu tunggu tepi sbb bg org nk klua then sy pg kat dia n maki n trus tumbuk perut dia. Then polis bantuan tny sbb buat mcm tu n sy pun cite lah. Tp org tua tu lepas sbb dia cpt2 masuk balik dlm monorail..

 

Fieeza Fieeza Memang btol..kadang2 ad yg ambik kesempatan dlm keadaan sempit2..ad yg tangan panjang.ad tangan dok gatall…..tpi muka bdk llki ni..mmg top le lps ni…

 

YUe Nss: klu saya jd awk mmg sy dh jerit skuat ht atau pn pg pelempg.. tgk muke mcm wrga asing je

 

Solehatun Wahida: Penah kene mcm nie… otw nk g ktm.. bole plak tunjuk anu an.. sye jerit kuat2 “POLIS…POLIS”.. mengelipai berlari tkot nye pasal..

 

Puan Najieha Afandi: Lain kali bawak pisau dlm beg .. klu nmpk org buat camtuu kasi potong jer ..org yg buat camtu dia memang mintak kena potong anu nyer ..

 

Har Yan Tie: kalau sy yg kena. mulut akan sama laju dgn penumbok.. jerit smbil bg sedas dua…kuang ajar! gerenti ramai tolong smbung nanti.. x dan nk sorok bird dah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.